Sunday, October 31, 2010

Cherry Cupcakes

Dah beberapa kali mencuba, ini yang paling puas hati...
Bahan2 nya:

250g butter
200g gula castor
5 biji telur
50ml susu segar
1 sdk esen vanila (tp saya guna strawberry flavour
250g tepung naik sendiri (di ayak )
1/2  sdk ovellate
100g cherry (ikut suka nak cherry color aper )

Cara2 membuatnya:

1. Panaskan oven dengan suhu 180 darjah celcius.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang.
3. Masukkan telur 1 persatu dan pukul lg.
4. Masukkan susu segar, esen vanila dan ovelatte dan pukul lagi.
5. Masukkan tepung dan pukul dalam kiraan 15 - 20 saat. (kalau lama sangat, cupcake akan jd mampat dan mendap)
6. Masukkan ceri dan gaul rata.
7. Bakar pada suhu yang sama dalam masa 20 -25 minit.

Saturday, October 23, 2010

Apam Mekar.. Mekar Bak Bunga Di Taman

Assalamualaikum..
1st time saya makan apam nie masa kenduri kesyukuran di salah sebuah rumah di Kampung Baru, Kapit. Colorful dan memang sedap.. Biler dah suka, terus bukak internet cari resepi. Alhamdulillah dapat jgk.. Nampak macam rumit tapi senang jer.. kalau dah namanyer apam, mesti x pakai oven.. Masak guna kukusan jer.. Semalam, saya cuba buat sendiri untuk pertama kalinya.. Memang puas hati kalau buat sendiri sbb kita sendiri boleh choose color yang kita suka..

Apam Mekar ( purple + hijau )
Bahan2:
2 biji telur
250g gula
1 sudu kecil esen vanila
300g tepung gandum
200ml susu segar
1 sudu kecil ovallete

Cara2:
  1. Panaskan kukusan dengan api yang sederhana.
  2. Guna Mixer : Pukul telur dan gula sampai kembang.
  3. Bubuh esen vanila dan pukul lg.
  4. Bubuh tepung gandum, susu segar dan ovelatte. Pukul lg sampai betul2 gebu.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 atau 3 bahagian.. Ikut suka nak berapa color pun xper..
  6. Letak pewarna dan kacau rata..
  7. Letak adunan dalam piping beg. Tapi kalau xder piping beg, guna beg plastik biasa pun boleh, gunting di bahagian penjuru plastik..
  8. Letakkan papercup dalam bekas apam dan paipkan adunan dalam papercup. Gabungkan 2 @ 3 warna dalam papercup yang sama pun xper.. lagi cantik.
  9. Masukkan dalam kukusan dan masak dengan api yang kuat dalam masa 15 minit.
  10. Biler dah kembang, blh angkat dan sejukkan sedikit sebelum dihidang..
Selamat mencuba..

Friday, October 22, 2010

Ben'z Pizza.. Di Hati Ku...

Assalamualaikum semua..
Saper suka makan piza, angkat tangan? Kalau soalan ini ditanya kepada mereka2 yang penggemar fast food, mmg dapat Thumbs Up.. Saya pun suka sangat piza.. takde piza yang sedap selain Pizza Hut.. I like.. Tapi kalau hari2 makan kat Pizza Hut, alamatnyer hujung bulan makan kacang putih la tepi tingkap..

Oleh sebab, di sini (Kapit) mmg xder kedai FastFood macam di semenanjung, jadi saya ambil inisiatif sendiri untuk buat pizza.. Tak susah dan puas hati sbb kita boleh letak topping byk2.. nak ayam lebih, mushroom lebih dan cheese pun boleh melimpah ruah.. Sedapnyer..

Saya x dapat nak upload gmbr piza sbb saya dah lama x buat piza.. Why? kat cni xder cheese.. Huhu..
Tapi untuk tidak menghampakan adik Lun, saya post kan resepi pizza saya untuk di kongsi bersama.. Resepi nie saya dapat dr Yong.. Thanx..

Pizza ( 3 @ 4 orang makan )

Bahan2 doh:
500g tepung gandum
2 sudu besar gula
1/2 sudu besar garam
1 paket dry yeast (11g)
1 sudu kecil  serbuk pelembut roti (kalau x jumpa, boleh guna 2 sudu besar marjerin)
200ml air

Cara2:
  1. Masukkan tepung, gula, garam, dry yeast dan pelembut roti @ marjerin dalam mangkuk besar dan gaul rata.
  2. Masukkan air sikit2 supaya boleh diuli dan menjadi doh yang licin.
  3. Tutup dengan plastic wrap atau kain lembab dan rehatkan selama 30 minit @ naik 2 kali ganda.
Bahan2 Topping:
400g daging atau ayam kisar
1 biji lada benggala (x kisah color aper pun dan di potong dadu)
1 biji bawang besar
1/2 tin cendawan butang (di hiris)
garam secukup rasa

sos spaghetti
cheese mozarella @ cheddar (di parut).. ( Ikut suka selera.. nak sedap, letak lah lebih.hehehe)
2 batang sosej
1/2 tin nenas kiub (di potong 2)
Oregano

Cara2:
  1. Letak sedikit minyak dalam kuali. Bubuh daging  / ayam kisar dan kacau2 sket supaya tak berketul2 dan tunggu hingga  masak dan air ayamnyer kering sedikit.
  2. Masukkan cendawan butang dan gaul bersama ayam.
  3. Masukkan lada benggala dan bawang besar dan gaul lagi.
  4. Perasa kan dengan garam dan sedikit oregano dan gaul lagi bagi rata.
  5. Angkat dan sejukkan sket.
  • Panaskan oven dengan suhu 180 darjah Celcius dalam masa 20 minit.
  • Canai doh yang dah naik. ( ikut suka nak bentuk bulat atau segiempat)
  • Letakkan doh dalam dulang pembakar yang di letakkan sedikit marjerin supaya doh tidak melekat apabila dah masak.
  • Letak 4 sudu sos spaghetti dan rata kan atas doh.
  • Letak cheese sedikit.
  • Letak ayam kisar yang dah di masak.
  • Susun sosej dan nanas di permukaan supaya nampak penuh.
  • Taburkan cheese dan akhir sekali oregano.
  • Masak piza dalam suhu yang sama dalam masa 15 minit hingga 20 minit.
  • Di hidang masa masih panas..
Cuba ye jgn tak cuba..
 

Sardine Roll.. My favourite

Assalamualaikum..
Mesti semua orang pernah rasa sardine roll atau dlm BM ialah roti sardin gulung.. Kalau di gerai2 kuih muih (terutamanya di Bazar Ramadhan), mmg ada yang jual sardine roll.. Ada yang dicelup dengan telur dan ada yang dicelup dengan tepung (ala2 celup mcm nak buat goreng pisang).. Tapi yang pasti, sardine roll yang dijual di gerai2, terlalu berminyak..

Macam mana nak elak sardine roll daripada berminyak? Jeng3x.. Resepi nie, my mum yang ajar.. My family suka sangat sardin roll  nie..Mudah dan cepat..Kita kongsi sama2 yek resepi nie...

Sardine Roll

Bahan2:

1 buku roti (brand aper2 pun xper.. tp saya suka guna gardenia)
1 tin sardin saiz medium (saya pakai ayam brand)
1/2 biji bawang besar (di potong dadu)
2 biji cili merah (dihiris )
2 biji limau nipis (supaya tak hanyir)
lada sulah secukup rasa
garam secukup rasa
2 biji telur (dipukul terlebih dahulu)
minyak untuk menggoreng..

Cara2:
  1. Kukus roti selama 15 minit.
  2. Sementara menunggu, lecek sardin, limau nipis, garam dan lada sulah.
  3. Masukkan bawang besar dan cili merah.
  4. Ambil sekeping roti dari periuk kukusan, tekan roti tersebut dengan jari supaya leper. kalau roti tidak leper, ia akan menyerap minyak semasa menggoreng.
  5. Ambil satu sudu sardin td dan letakkan di atas roti dan gulung sambil tekan2 pada roti.. (Insya Allah gulungan tak terbuka). Buat sampai semua roti habis di gulung.
  6. Panaskan minyak dalam kuali. Api jangan terlalu besar. Kalau api besar, roti cepat hangus dan hitam..
  7. Celupkan roti sardin yang telah digulung tadi di dalam telur dan gorengkan di dalam kuali sehingga warna kuning2 cantik.. hehehe..
  8. Angkat dan toskan di atas kertas tisu supaya minyak di serap di tisu..
  9. Roti di potong dua supaya mudah untuk anak2 kita makan..
  10. Sedap kalau dicicah bersama sos cili.. Nyum2..
  11. Sedia di hidang bersama air teh, milo atau aper2 saja semasa breakfast dan minum petang..
Selamat Mencuba.. !!!

Thursday, October 21, 2010

Roti Sosej.. Sedapnyer..

Assalamualaikum..
Pagi tadi bangun awal sbb nak buat roti sosej untuk rakan2 di sekolah.. Kalau di semenanjung, roti sosej nie boleh dapat kat mana2 jer kedai bakery (yg pastinya HALAL).. tapi kat cni, terpaksa lah buat sendiri.. Kalau x buat, kempunan.. Betul tak?

Bermula lah pencarian membuat roti sosej di internet.. Laman yang saya paling suka ialah myresepi.com dan Rozzan shared resepi.. Saya olah sikit resepi nie untuk menjadikannya lebih sedap..

Nie saya sertakan resepi dan cara2 menbuatnya sekali.. ENJOY!!..

Bahan2: ( 7 biji yang gebu)

Bahan A: 400g tepung roti @ tepung berprotein tinggi
               5 sudu besar gula
              1/2 sudu kecil garam
              2 sudu kecil dry yeast

60g butter (dicairkan)
1 biji telur
170ml susu segar. (kalau susu segar tue dr dlm peti ais, panaskan dulu dan biarkan suam2 sket. Klu guna susu sejuk, doh x akan naik)
 Untuk toppinng:
Mix vege dan Campuran sos cili, tomato dan mayonis.
(ikut suka kalau nak topping aper2pun..)

Cara2 membuatnya:
  1. Masukkan semua bahan A dan gaul rata.
  2. Masukkan telur, butter yang dicairkan dan gaul rata dengan hujung jari..
  3. masukkan susu segar dan uli sehingga menjadi doh.. Uli selama 15 ke 20 minit supaya doh menjadi licin dan kenyal.. kalau masih melekit pada tangan, letak tepung roti sikit2 supaya doh tak melekit pada tangan.
  4. Bulatkan doh kepada 7 doh yang kecil.
  5. Rehatkan doh selama 20 minit (naik sket) dan ditutup dengan plastic wrap atau kain lembab.
Ambil 1 doh kecil dan canaikan.


Ambil 1 sosej dan gulungkan..









Potong gulungan tersebut kepada 12 bahagian.. tapi jangan potong sampai putus doh.. putus sosej xper.. jadikan potongan seperti bentuk sikat..









contohnyer seperti ini..





Bahagian permulaan, di tarik kehadapan, bahagian kedua di simpulkan ke kiri dan kemudian ke kanan dan sampai habis.. tekan dan tarik sedikit supaya bahagian tengah ada ruang untuk letak topping.



Letak topping paipkan campuran sos cili, tomato n mayonis.. Rehatkan selama 30 minit (masa nie bolehla panaskan oven dulu pada suhu 200darjah Celcius). Bakar dalam oven dengan suhu 190 darjah Celcius dalam masa 15 minit atau warna kekuningan..




Yeah2.. dah siap..
Sediakan di hidang masa minum petang atau breakfast..

Yummy..



SELAMAT MENCUBA...!!!

Dapur Kecil Tapi Berasap

Assalamualaikum wbt...

Thanx to Lun yg cadangkan buat blog nie.. Kata nya boleh dia nak share2 resepi.. Kalau nak ikutkan, saya x pandai nak buat blog2 nie.. tp biler memikirkan apa yang kita selalu cakap pada murid "belajar, belajar, belajar", jadi saya pun ingin belajar macam mana nak buat blog nie..

Yang pasti, blog nie memang saya nak share sket resepi dan gmbr2 masakan yang saya buat.. walaupun resepi bukan 100% dari olahan saya tp apa salahnyer kalau kita sama2 berkongsi.. Tak rugi..

Dapur kat rumah saya hanya sebesar 3.5m X 3.5m shj.. walaupun kecil tp mcm2 ada..hehehe..
Ada oven, mixer, food proceesor dan brg2 dapur yg ada di rumah lain jgk..
Di dapur ini lah semuanyer bermula.. Buat piza, sandwich, sardin roll, biskut raya, cupcake, karipap dan yang terbaru sekali ialah roti sosej.. Semuanyer untuk di jual di sekolah.. Alhamdulillah, sambutan guru2 SK Sg. Kapit amat lah saya hargai.. Thank you so much..

Saya berharap rakan2 sudi membaca blog sy nie.. Thanx a lot..