Friday, October 22, 2010

Sardine Roll.. My favourite

Assalamualaikum..
Mesti semua orang pernah rasa sardine roll atau dlm BM ialah roti sardin gulung.. Kalau di gerai2 kuih muih (terutamanya di Bazar Ramadhan), mmg ada yang jual sardine roll.. Ada yang dicelup dengan telur dan ada yang dicelup dengan tepung (ala2 celup mcm nak buat goreng pisang).. Tapi yang pasti, sardine roll yang dijual di gerai2, terlalu berminyak..

Macam mana nak elak sardine roll daripada berminyak? Jeng3x.. Resepi nie, my mum yang ajar.. My family suka sangat sardin roll  nie..Mudah dan cepat..Kita kongsi sama2 yek resepi nie...

Sardine Roll

Bahan2:

1 buku roti (brand aper2 pun xper.. tp saya suka guna gardenia)
1 tin sardin saiz medium (saya pakai ayam brand)
1/2 biji bawang besar (di potong dadu)
2 biji cili merah (dihiris )
2 biji limau nipis (supaya tak hanyir)
lada sulah secukup rasa
garam secukup rasa
2 biji telur (dipukul terlebih dahulu)
minyak untuk menggoreng..

Cara2:
  1. Kukus roti selama 15 minit.
  2. Sementara menunggu, lecek sardin, limau nipis, garam dan lada sulah.
  3. Masukkan bawang besar dan cili merah.
  4. Ambil sekeping roti dari periuk kukusan, tekan roti tersebut dengan jari supaya leper. kalau roti tidak leper, ia akan menyerap minyak semasa menggoreng.
  5. Ambil satu sudu sardin td dan letakkan di atas roti dan gulung sambil tekan2 pada roti.. (Insya Allah gulungan tak terbuka). Buat sampai semua roti habis di gulung.
  6. Panaskan minyak dalam kuali. Api jangan terlalu besar. Kalau api besar, roti cepat hangus dan hitam..
  7. Celupkan roti sardin yang telah digulung tadi di dalam telur dan gorengkan di dalam kuali sehingga warna kuning2 cantik.. hehehe..
  8. Angkat dan toskan di atas kertas tisu supaya minyak di serap di tisu..
  9. Roti di potong dua supaya mudah untuk anak2 kita makan..
  10. Sedap kalau dicicah bersama sos cili.. Nyum2..
  11. Sedia di hidang bersama air teh, milo atau aper2 saja semasa breakfast dan minum petang..
Selamat Mencuba.. !!!

No comments:

Post a Comment