Friday, October 22, 2010

Ben'z Pizza.. Di Hati Ku...

Assalamualaikum semua..
Saper suka makan piza, angkat tangan? Kalau soalan ini ditanya kepada mereka2 yang penggemar fast food, mmg dapat Thumbs Up.. Saya pun suka sangat piza.. takde piza yang sedap selain Pizza Hut.. I like.. Tapi kalau hari2 makan kat Pizza Hut, alamatnyer hujung bulan makan kacang putih la tepi tingkap..

Oleh sebab, di sini (Kapit) mmg xder kedai FastFood macam di semenanjung, jadi saya ambil inisiatif sendiri untuk buat pizza.. Tak susah dan puas hati sbb kita boleh letak topping byk2.. nak ayam lebih, mushroom lebih dan cheese pun boleh melimpah ruah.. Sedapnyer..

Saya x dapat nak upload gmbr piza sbb saya dah lama x buat piza.. Why? kat cni xder cheese.. Huhu..
Tapi untuk tidak menghampakan adik Lun, saya post kan resepi pizza saya untuk di kongsi bersama.. Resepi nie saya dapat dr Yong.. Thanx..

Pizza ( 3 @ 4 orang makan )

Bahan2 doh:
500g tepung gandum
2 sudu besar gula
1/2 sudu besar garam
1 paket dry yeast (11g)
1 sudu kecil  serbuk pelembut roti (kalau x jumpa, boleh guna 2 sudu besar marjerin)
200ml air

Cara2:
  1. Masukkan tepung, gula, garam, dry yeast dan pelembut roti @ marjerin dalam mangkuk besar dan gaul rata.
  2. Masukkan air sikit2 supaya boleh diuli dan menjadi doh yang licin.
  3. Tutup dengan plastic wrap atau kain lembab dan rehatkan selama 30 minit @ naik 2 kali ganda.
Bahan2 Topping:
400g daging atau ayam kisar
1 biji lada benggala (x kisah color aper pun dan di potong dadu)
1 biji bawang besar
1/2 tin cendawan butang (di hiris)
garam secukup rasa

sos spaghetti
cheese mozarella @ cheddar (di parut).. ( Ikut suka selera.. nak sedap, letak lah lebih.hehehe)
2 batang sosej
1/2 tin nenas kiub (di potong 2)
Oregano

Cara2:
  1. Letak sedikit minyak dalam kuali. Bubuh daging  / ayam kisar dan kacau2 sket supaya tak berketul2 dan tunggu hingga  masak dan air ayamnyer kering sedikit.
  2. Masukkan cendawan butang dan gaul bersama ayam.
  3. Masukkan lada benggala dan bawang besar dan gaul lagi.
  4. Perasa kan dengan garam dan sedikit oregano dan gaul lagi bagi rata.
  5. Angkat dan sejukkan sket.
  • Panaskan oven dengan suhu 180 darjah Celcius dalam masa 20 minit.
  • Canai doh yang dah naik. ( ikut suka nak bentuk bulat atau segiempat)
  • Letakkan doh dalam dulang pembakar yang di letakkan sedikit marjerin supaya doh tidak melekat apabila dah masak.
  • Letak 4 sudu sos spaghetti dan rata kan atas doh.
  • Letak cheese sedikit.
  • Letak ayam kisar yang dah di masak.
  • Susun sosej dan nanas di permukaan supaya nampak penuh.
  • Taburkan cheese dan akhir sekali oregano.
  • Masak piza dalam suhu yang sama dalam masa 15 minit hingga 20 minit.
  • Di hidang masa masih panas..
Cuba ye jgn tak cuba..
 

3 comments:

  1. Sama2.. Dengar2 dah buat piza? Jadi ke tak?

    ReplyDelete
  2. dah buat smlm. mmg jadi. tq kchik. lpas ni update resipi lagi eh. heheh ;p

    ReplyDelete