Saturday, October 23, 2010

Apam Mekar.. Mekar Bak Bunga Di Taman

Assalamualaikum..
1st time saya makan apam nie masa kenduri kesyukuran di salah sebuah rumah di Kampung Baru, Kapit. Colorful dan memang sedap.. Biler dah suka, terus bukak internet cari resepi. Alhamdulillah dapat jgk.. Nampak macam rumit tapi senang jer.. kalau dah namanyer apam, mesti x pakai oven.. Masak guna kukusan jer.. Semalam, saya cuba buat sendiri untuk pertama kalinya.. Memang puas hati kalau buat sendiri sbb kita sendiri boleh choose color yang kita suka..

Apam Mekar ( purple + hijau )
Bahan2:
2 biji telur
250g gula
1 sudu kecil esen vanila
300g tepung gandum
200ml susu segar
1 sudu kecil ovallete

Cara2:
  1. Panaskan kukusan dengan api yang sederhana.
  2. Guna Mixer : Pukul telur dan gula sampai kembang.
  3. Bubuh esen vanila dan pukul lg.
  4. Bubuh tepung gandum, susu segar dan ovelatte. Pukul lg sampai betul2 gebu.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 atau 3 bahagian.. Ikut suka nak berapa color pun xper..
  6. Letak pewarna dan kacau rata..
  7. Letak adunan dalam piping beg. Tapi kalau xder piping beg, guna beg plastik biasa pun boleh, gunting di bahagian penjuru plastik..
  8. Letakkan papercup dalam bekas apam dan paipkan adunan dalam papercup. Gabungkan 2 @ 3 warna dalam papercup yang sama pun xper.. lagi cantik.
  9. Masukkan dalam kukusan dan masak dengan api yang kuat dalam masa 15 minit.
  10. Biler dah kembang, blh angkat dan sejukkan sedikit sebelum dihidang..
Selamat mencuba..

1 comment:

  1. kchik, ovallete tu ape eh? selain tu leh guna apa je?

    ReplyDelete